Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nasi yg ditanak dgn santan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nasi yg dimasak dgn santan dan dimakan dgn sambal tumis dll; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi lemak

Puisi
 

Nasi lemak buah bidara,
     Mari makan di pagi hari;
Buang emak buang saudara,
     Tidaklah menyesal kemudian hari.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Nasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Nasi lemak buah bidara, Mari makan di pagi hari; Buang emak buang saudara, Tidaklah menyesal kemudian hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi-pagi makan nasi lemak, Mari makan sambil mengarut; Yang terkena tu tempat tak gamak, Tempat yang bagus tak mahu diturut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana makan takkan perisa, Nasi hangat gulai pun lemak; Bagaimana badan takkan binasa, Hati jahat perangai pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas