Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang.Pantun Melayu SarawakUmum
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mogok sana mogok sini, Konon tuntut kedamaian Negara; Sogok sana sogok sini, Kerana nak jadi jutawan segera.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kereta kita Proton Saga, Tujuh jenama keluaran Negara; Biar pandai berurus niaga, Mimpi jangan jutawan segera.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata.Pantun Melayu SarawakBerkait
123

Kembali ke atas