Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ada nenek tua, Kayu bongkok mati dijulang; Kalau kehendak kita berdua, Karam perahu sama direnang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patuh Melayu ke datuk nenek, Orang yang tua dimuliakan; Senonoh laku bicara molek, Barang ke mana orang tuakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Pokok renek sarang penyengat, Melayi layu di tengah hari; Pujuk nenek kata keramat, Jadilah cucu payung negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kuini ditanam tumbuh renek, Tabur padi dalam reban; Ingatlah pesan datuk nenek, Takbur itu perangai syaitan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kecil-kecil buah temponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |