Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,

Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing temenung,
     sudah terpancing ikan setoka.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dibilang kata disebut adat, Di balik adat banyak maknanya; Sebarang kerja mengikut niat, Baik niat nampak faedahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Niat hati semula hendak ke pulau, Kerana gelombang payah berkayuh; Hajat semula hendak bergurau, Rupanya abang bersungguh-sungguh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati menjaring rusa, Rusa sudah balik ke padang; Hajat hati menyunting bunga, Bunga sudah dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati memasak sayur, Sayang segan menggiling lada; Hajat hati hendak menegur, Sayang tuan berpaling muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati mencacak pancang, Hari senja tidaklah jadi; Hajat hati hendak meminang, Apa dayaku orang tak sudiKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adapun niat yang diniatkan, Niat senonoh mencari berkat; Adapun adat yang diadatkan, Adat tumbuh dari muafakat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123456789

Kembali ke atas