Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nikah-

Puisi
 

Anak lintah tergedit-gedit,
     Anak harimau menyeberang paya;
Nak nikah tergedit-gedit,
     Orang tak mahu apakan daya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Nikah maharaja bumi (= Boma).

Bermaksud :

Nikah tanpa belanja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belum berempah sudah digulai, Manakan lauk terasa lazatnya; Belum nikah sudah menyeragai, Manakan elok pada adatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang singgah diajak makan, Makan minum memuaskan tekaknya; Orang nikah awak yang pengsan, Pengsan mencium bau ketiaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bukannya lukah tidak menjadi, Batang terbakar dari hulu; Bukannya nikah yang tak jadi, Abang bersabarlah dahulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Wangilah bau delima merkah, Mau diperam mudahlah busuk; Hatilah jemu dipaksa nikah, Baru semalam sudah beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas