Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.la] | نيلا

Definisi : 1. (warna) biru; 2. sj bahan pewarna biru (dibuat drpd daun tarum); sebab ~ setitik, rosak susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.la] | نيلا

Definisi : bahan pencelup berwarna biru yg diperoleh dr pokok tarum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nila

Puisi
 

Kain batik nila sutera,
     Pakai anak Raja cina;
Adik cantik abang tak gila,
     Orang banyak luar dunia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tidak nila dibuat nila, Ikan terbuang di bawah lantai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang hendak dicapai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan nila dalam cawan, Beras padi tumbuh cendawan; Bukan gila diriku tuan, Sebab hati terlalu rawan.Pantun Melayu SarawakKasih
Hilanglah nila pembantu puan, Sayang berempat buah pedada; Adakah hilang kasihmu tuan? Burung terbang dipipis lada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Limau manis di tepi hutan, Tanaman anak batang nila; Hitam manis gelak bersetan, Itu membuat hatiku gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas