Wangi sekali minyak nilam, Gunanya untuk bahan ramuan; Laki bini hendak bertikam, Mentua sibuk mencarikan kapan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Inginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik mentimun dibuat ulam, Sekali makan memang perisa; Adik sepantun permata nilam, Jadi pujaan sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Laju sampai Kuala Daik, Hendak dikejar takut dalam; Sudah jumpa intan yang baik, Mahu diikat batu nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |