Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata null


Pantun

PantunSumberTema
Yang bukit tinggi, Yang rendah rawa; Yang dicubit pipi, Yang merah muka. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang kami dulang tembaga; Bukan sayang sebarang sayang, Sayang kami tiada berhingga. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak elang terbangnya pagi, Sesudah maghrib barulah pulang; Awak sayang orang membenci, Daripada aib biarlah hilang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyaklah pengikut tali peti, Disentak sekali lalu disimpul; Banyaklah sahabat berani mati, Tidakkan seberani sahabat nabi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Usap bukan sebarang usap, Mengusap kaki sambil bergaru; Sedap bukan sebarang sedap, Sedap menjadi pengantin baru. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama kera berdagang sambal, Banyak penduduk pergi membeli; Selama raja kehilangan akal, Banyaklah beruk jadi menteri. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau memanggang tidak berkipas, Tentu bertanak tidak tersantak; Kalau melenggang tidak terpepas, Tentu tegak tidak tersundak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau terbakar rumpun meranti, Elok ditebang dibuat suluh; Kalaulah khabar belum pasti, Elok dibuang jauh-jauh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910

Kembali ke atas