Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyala;

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila harilah senjakala, Nyala pelita supaya terang; Apabila bini lah tua renta, Jagalah hatinya supaya senang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Besar puntung diberi minyak, Nyala api terdungak-dungak; Besar untung berbini banyak, Ke mana pergi rata membengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Suluh puntung gesek bergesek, Nyala belum sampai sejengkal; Sungguh beruntung orang pesek, Kalau mencium sampai ke pangkal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan taji disuruh ikat, Nyala api abang tadahkan; Janganlah janji suruh diikat, Nyawa di badan abang serahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas