Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyenyak,


Pantun

PantunSumberTema
Nyenyak tidur tidak terkira, Penat membuat rumah Laksamana; Banyak janda teruna dara, Jadi trauma akibat bencana.Pantun Melayu SarawakAgama
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidur pun nyenyak; Elok lidah kerana beradab, Bila beradat tuturnya lemak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hanyutlah padi di tengah malam, Kerana orang tertidur nyenyak; Hanyutlah hati nyawa pun padam. Kerana kekasih sudah menolak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumuh betung di tepi lubuk, Aurnya banyak bagai disulam; Sungguh beruntung berbini gemuk, Tidur nyenyak bagai di tilam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas