Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.léh] | اوليه

Definisi : /oléh/ 1 kata sendi nama utk me­­nun­jukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal ber­­­­oleh. pemerolehan hal atau cara mem­­peroleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Per­atur­­­an itu membolehkan pihak tsb me­­min­dah­­kan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.léh] | اوليه

Definisi : /oléh/; oleh-oleh sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan bersiring hijau,
     Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
     Luka di hati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(118)


Pantun

PantunSumberTema
Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Hidang-menghidang oleh Cik Dayang, Keti datang dari Bintulu; Pandang memandang bertambah sayang, Hati rindu nakdekat selalu.Pantun Melayu SarawakKasih
Apa oleh mengayam nyiru, Nyiru dianyam di atas bukit; Apa oleh menahan rindu, Kalau ditahan jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sapu tangan jari berkelur, Oleh membeli di kedai Cina; Suka di tangan kerana seekor, Suka di hati bawa merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bunga cempaka bunga pilihan, Digemari oleh tua dan muda; Tanda orang tua sempurna iman, Hati bersih muka bercahaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Taji ayam diberi bulang, Dibawa oleh anak penyabung; Kami memendam kasih sayang, Bila boleh hendak kusanjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12345

Kembali ke atas