Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Hidang-menghidang oleh Cik Dayang, Keti datang dari Bintulu; Pandang memandang bertambah sayang, Hati rindu nakdekat selalu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Apa oleh mengayam nyiru, Nyiru dianyam di atas bukit; Apa oleh menahan rindu, Kalau ditahan jadi penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sapu tangan jari berkelur, Oleh membeli di kedai Cina; Suka di tangan kerana seekor, Suka di hati bawa merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bunga cempaka bunga pilihan, Digemari oleh tua dan muda; Tanda orang tua sempurna iman, Hati bersih muka bercahaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Taji ayam diberi bulang, Dibawa oleh anak penyabung; Kami memendam kasih sayang, Bila boleh hendak kusanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |