Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kisah putri Sejinjang, Bertabur jadi tanah; Suka hina orang, Suka buat fitnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Kisah puteri Santubong, Dengan puteri Sejejang; Kisah orang sombong, Suka hina orang | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kata tua kata bersindir, Menyindir orang tidak beradat; Hina bangsa kerana pandir, Orang pandir tidak bermartabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |