Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(74)

437

Once burned, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy .

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Pisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Serikaya pulut udang, Mari makan di tepi pangkin; Orang kaya lagi berhutang, Ini pula kita miskin.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung tumbuh di paya, Kait banyak duri pun banyak; Sungguh beruntung orang kaya, Duit banyak bini pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas