Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain putih panjang berela,
     Jahit mari benang kasturi;
Hati suka main berdua,
     Orang luar apa peduli.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Anak tiung terdongak-dongak, Mari dongak dalam perahu; Hendak bercium gigi rongak, Orang luar sudahlah tahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain batik nila sutera, Pakai anak Raja cina; Adik cantik abang tak gila, Orang banyak luar dunia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas