Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Habis air setelaga,
     arang dibasuh tak putih.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

 

Lihat selanjutnya...(15)

588

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Gagak dimadikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Gagak dimadikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Orang putih berkereta api, Cina gedung jahit kebaya; Tujuh lapis pagar besi, Bunga sekuntum kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tikar pandan dijual orang, Putih melepak harga pun murah; Biar badanku tinggal tulang, Kasihku tidak akan berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinang orang pinangku juak, Jika diumbut putih akarnya; Tunang orang tunangku juak, Kalau dirabun putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Chuping Gua Beringin, Tempat orang ambil baja; Putih kuning jangan diingin, Banyak orang balik saja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terbelai pucuk yang tinggi, Burung kuaran putih dadanya; Besarlah dusta orang kini, Barang yang tidak dikatakannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Onang-onang terbang ke laut, Mari ke laut si putih dada; Tunang orang saya tak takut, Kalau hendak boleh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menanak di Tebing Tinggi, Burung putih terbang melayang; Bukan anak bini sendiri, Sudah ku boleh berkasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawang putih dibuat rempah, Supaya perisa makanan orang; Abang kupilih taat bersumpah, Kiranya lidah suka bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas