Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Percaya pada anak,
     buta mata sebelah;
percaya pada orang lain buta mata keduanya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dari mana datang siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Macam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Perahu Jawa memuat arang, Tiangnya miring senget sebelah; Malulah muka melihat orang, Sedang bersanding pencirit basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Asap api sebelah hulu, Tanda orang membakar ladang; Biar kumati menahan rindu, Daripada hidup dicabar orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan haji orang ke Makkah, Besar kecil tiada terbilang; Rasakan mati badan sebelah, Mendengar adik dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas