Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat orang bermain mata;
Tinggal sekampung lagi dirindu,
     Apa lagi jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Air perigi nampak bening, Untuk minuman orang sekampung; Kupandang pipi yang putih kuning, Remuklah tulang pecahlah jantung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan menetakkan parang patah, Buat hulunya parang disambung; Jangan menegakkan benang basah, Membuat malu orang sekampung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daripada pergi menyerang musuh, Elok berdagang mencari untung; Daripada menanti abang yang jauh, Eloklah mencari orang sekampung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Waktu menteri berjaja jagung, Orang menangis mengurut dada; Pilulah hati dara sekampung, Bujangnya habis disikat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas