Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bingung tengkar,
     cerdik begar.

Bermaksud :

Orang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

7

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Pantun

PantunSumberTema
Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa kebil pisang memandak, Pisang baling banyak lagi; Apa kebil orang tak ndak, Orang lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa dikenang si dahan pauh, Kalaulah patah tumbuh lagi; Apa dikenang orang yang jauh, Orang lain banyaklah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Lah orang Melaka, Jual talam dengannya cuka; Tujuh bilah lembing di dada, Hitam manis kupegang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang menanam pulut, Saya seorang menanam padi; Banyak orang karam di laut, Saya seorang karam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang ambil baja, Saya seorang mengambil padi; Banyak orang balik saja, Saya seorang gagah menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas