Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Pagar buluh anggitnya jarang,
     Akan pemagar sapi jerasa;
Dalam sepuluh jarang seorang,
     Hanya yang tahu menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah,
     akan dilangkahi tinggi.

Bermaksud :

Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan suka mematah pagar, Patah pagar kaki terpuruk; Jangan suka berkata kasar, Kata kasar budinya buruk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengapa pagar tidak dipepat, Kerana gergaji tidak dipakai; Mengapa seluar tidak terikat, Kerana bininya minta cerai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas.Pantun Melayu SarawakAgama
Kayu pagar berikat tali, Diikat-ikat bawa ke tanjung; Kalau benar berkali-kali, Akhirat jangan tanggung-menanggung.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Di tepi pagar pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Apa guna hidup di dunia.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234567

Kembali ke atas