Kata tua kata hikmat, Hikmat diingat besar pahala; Hina bangsa gila hormat, Hormat membuat besar kepala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Subuh-subuh orang mengaji, Supaya banyak dapat pahala; Sungguh-sungguh abang berjanji, Supaya tidak mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau hendak menyirat jala, Benang kusut cepat dilepas; Kalau hendak berbuat pahala, Pantang ribut niat pun ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pantang sekali berbelah bagi, Esa hilang dua terbilang; Pantang sekali merosak budi, Dosa dibuang pahala ditunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |