Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok, bunga dan buah­nya), Myristica fragrans; ~ burung = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik, pendarah kikik (paya), Knema intermedia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan (pokok, bunga, atau buahnya), Myristica fragrans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pala I

Puisi
 

Buah beluru buah belerang,
     Buah pala atas bukit;
Dari dahulu hingga sekarang,
     Jauh berbeza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah beluru buah belerang, Buah pala atas bukit; Dari dahulu hingga sekarang, Jauh berbeza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap atas bukit, Buat tudung buah pala; Harap saya bukan sedikit, Sama banyak rambut di kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas