Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn 1. panas (badan), gerah; 2. berasa panas, marah, radang (hati): dr mula-mulanya lagi, dia sudah ~ melihat lagak orang itu; 3. sangat berani, tidak takut (bimbang) barang sedikit; memalak mengacau, mengganggu, menyusah­kan; pemalak 1. orang yg lekas marah, pemarah; 2. orang yg sangat berani (tidak takut akan apa sahaja apabila berbuat sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palak I


Pantun

PantunSumberTema
Badak bukan sebarang badak, Badak bercula hujungnya runcing; Palakku bukan sebarang palak, Palak kerana abang berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana tempua tidakkan palak, Kepaknya habis dicabuti gajah; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Anak menangis bini menyanyah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas