Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1 benda yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; martil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. 2 pukulan dgn benda-benda keras; ketuk; pukul: kena ~ kena pukul. berpalu-paluan berpukul-pukulan; pukul-memukul. memalu mengenakan palu pd sesuatu yg lain dgn kuat; memukul; menghentam: ~ gendang. palu-memalu saling memalu; pukul-memukul. paluan bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palu (kata nama)
Bersinonim dengan pemalu, tukul, penukul, tukul besi, pengetuk, pemukul, martil, tokok, penokok, ganden, kambu;,
Kata Terbitan : memalu, paluan,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan palu sebarang palu, Palu besi bergagang tujuh; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu menanti orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan palu sebarang palu, Palu gada bertali rantai; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu kerana kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Palu bukan sebarang palu, Palu sakti besi berantai; Malu bukan sebarang malu, Malu hati kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Palu bukan sebarang palu, Palu pusaka berpalut emas; Malu bukan sebarang malu, Malu cinta tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Redup-redup palu rebana, Raja berangkat ke Johor Lama; Makan tak sedap tidur tak lena, Ingatkan abang duduk di mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu duduk menumbuk lada, Kain tersingkap tiada tahu; Waktu datuk mabuk betina, Datin bersiap membawa palu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas