Yang pancang biarlah pancang, Malang pancang cepat lapuk; Orang panjang biarlah panjang, Malang panjang cepat bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pancang jermal di tengah laut, Dilanda pasang tidak tenggelam; Orang berakal menjaga mulut, Di muka orang banyaklah diam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pancang di pulau jatuh terhempas, Hanyut sampai Pantai Serani; Pasang tak penuh surut timpas, Itu bernama pasang berani. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tiang pancang lebih sekali, Dibawa mudik buat penggalah; Abang datang menagih janji, Mengapa adik kuat berhelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang pancang kayu jelatang, Terkena badan pedih sekali; Abang datang mahu meminang, Mengapa puan bersedih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali pancang berdiri, Sampai lapuk tidakkan patah; Sekali abang berjanji, Sampai bongkok takkan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah pancang hanyut perahu, Dibawa arus ke tengah laut; Entah sayang entahkan rindu, Badanku kurus fikiran kalut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa tanda pancang pembelat, Sama condong bawah dan atas; Apa tanda orang beradat, Rela menolong tak minta balas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Niat hati mencacak pancang, Hari senja tidaklah jadi; Hajat hati hendak meminang, Apa dayaku orang tak sudi | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |