Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cung] | ڤنچوڠ

Definisi : ; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cung] | ڤنچوڠ

Definisi : 1. bahagian hujung, punca atau pen­juru (kain dll); ~ serong (kain yg) disusun atau diikat serong dgn puncanya tergantung; 2. ber­segi dan tirus ke hujung, bersegi lancip; 3. peng­gal (leher dll), kerat: hukum ~; pepat di luar ~ di dalam prb rupanya baik tetapi hatinya jahat; berpancung berikat serong dgn puncanya tergantung (kain): jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung; memancung memenggal, mengerat (kepala, leher, dll); pancungan hasil kerja memancung: ~ pedang; pemancung (alat) utk memancung: parang ~; pedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cung] | ڤنچوڠ

Definisi : 1 bahagian hujung atau penjuru kain; punca kain. 2 bersegi serta tirus ke hujung bentuknya; bersegi runcing. berpancung berikat serong (bkn kain): Jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.cung] | ڤنچوڠ

Definisi : pembunuhan yg dilakukan dgn memotong leher: Semua perompak itu telah ditangkap dan dihukum ~. memancung memotong dgn pedang tajam dll yg diayun kuat-kuat: Penyeludup-penyeludup itu telah ~ rakan mereka yg membocorkan rahsia. pemancung alat yg digunakan utk memancung: pedang ~ leher. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancung
Kata Terbitan : memancung, terpancung,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Tak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Darilah pauh bandar mendatang, Tetaklah sampan pancung kemudi; Darilah jauh tuan datang, Kerana tuan hadir di sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya ke hulu menebang lalang, Padi muda pancung ke kiri; Apa dimalu didengar orang, Badanku muda berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas