| Banyak orang pandai berkitab, Sedikit orang pandai bersyair; Banyak orang pandai bercakap, Sedikit orang pandai berfikir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Orang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kerakap tumbuh di pantai, Pohon ijuk tumbuh berjajar; Bercakap kami tak pandai, Mohon ditunjuk dan diajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |