Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Cepu-cepu Pangkalan Cina,
     Cepu kecik beragi-ragi;
Kalau dulu abang yang punya,
     Ini sekarang lain berganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Tebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berangkat dari pangkalan Landeh, Mencari tali pasar Senyawan; Sudah kupandang kedua kasih, Merosak hati menggugur iman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik mendarat di pangkalan, Kain pelekat bercorak-corak; Adik sepantun gambar bulan, Mainan mata orang nak banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Naik perahu pasangkan dayung, Singgah ke pangkalan Kampung Sinjan, Bila lupa sediakan payung, Basah kuyup ditimpa hujan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null nullPantun Melayu SarawakBerniaga
Gajah putih jejak berulang, Baru berbalik ke pangkalan; Entahnya gagak terbang, Barulah adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas