Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput; memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi; panjatan 1. tempat utk memanjat, 2. perihal memanjat, pendakian; pemanjat (orang dll) yg memanjat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. memanjati memanjat pd (bkn tumbuh-tumbuhan dsb): Pokok kacang panjang ~ pancang. memanjatkan 1 menaikkan sesuatu pd; membuat supaya memanjat. 2 membaca doa memohon kpd Tuhan: ~ doa agar anak-anaknya berjaya dlm hidup. panjatan 1 tempat memanjat. 2 pergerakan badan ketika memanjat. pemanjat orang yg memanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau tak panjat limau manis, Kita tebang batang tebu; Jika tak dapat yang hitam manis, Kita buanglah petua guru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Surabaya ke Panglima Seman, Singgah beralbuh di Kampung Muhibah; Hidup selalu dalam aman, Panjat syukur kepada Allah.Pantun Melayu SarawakAgama
Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Limau bertumbuh di tepi tebat, Tanam halia habis layu; Harimau mengambur serta melompat, Habis kera panjat kayu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas