Tanam papaya tumbuh langsat, Dililit kangkung bertali-tali; Seribu daya kalau berhajat, Gunung tinggi papah didaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Budak-budak tanam papaya, Tanam mari tepi kota; Sudah mari tepi kota, Tuah melambung malang menimpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau tuan makan papaya, Taruh mari atas peti; Apa nak buat tipu daya, Sama kita satu hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Limau manis buah papaya, Bunga selasih ditiup angin; Mulut manis kepada saya, Hati kasih kepada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna buah papaya, Padi di Daik dimakan helang; Apa guna kita bercinta, Hati sudah dimiliki orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |