| Pantas cergas si pari-pari, Buat kumpulan dalam parti; Sungguh pantas adik berlari, Keliling dunia melalui IT. | Pantun Melayu Sarawak | Umum | 
			
				| Baik-baik berjaja pari, Pari itu ada sengatnya; Baik-baik menjaga janji, Janji itu ada amanatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Mencecah awan Gunung Daik, Pari-pari datang bertemu; Kalau berkawan pelajar terbaik, Dapat belajar menambah ilmu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat | 
			
				| Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa | 
			
				| Negeri Sarawak Gunung Santubong, Tempat bermain si pari-pari; Mencari katak di bawah tempurung, Jika dapat diajar menari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat | 
			
				| Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih | 
			
				| Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Bangsal ikan pari, Tumbuh rumput lalang, Senang hati isteri, Ada anak cemerlang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |