Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parit (kata nama)
Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan, selokan, apuran, got.,

Puisi
 

Dari Parit ke Tanjung Piandang,
     Singgah sekejap membeli roti;
Bila sudah wajah terpandang,
     Tetap tersimpan di lubuk hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Parit Keropok Parit Sakai, Sama tengah Parit Keruma; Jangan reput bunga setangkai, Belum tahu siapa yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh betung di tepi parit, Di tepi parit menjadi semak; Sungguh untung berlaki pelit, Laki pelit tak susah memasak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang parit airnya tenang, Yang laut ombaknya besar; Orang semput bawa berlapang, Orang kalut bawa bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan sepat di Parit Baru, Sayur manis di Tanah Bawang; Sudah dapat sahabat baru, Dalam manis saya terbuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Empat puluh petang parit dijangat, Paritnya satu dijemur kain; Adik tak ambuh royatku bangat, Mudahlah ambo mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas