Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ politik satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~ pemerintah; ~ pembangkang parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan; ~ pemerintah parti politik yg menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan sesebuah negara; 2. perjumpaan sosial utk bersuka-sukaan: mengadakan ~ di rumahnya; berparti 1. mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik; 2. menurut (berdasarkan) parti politik: pemerintahan secara ~ sudah tidak dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi; kepartian perihal parti (politik), yg berĀ­asaskan atau mengenai parti: julukan kanan dan kiri digunakan utk membezakan jenis aliran ~; maka dlm konteks ini politik ~ begitu dominan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 golongan atau kumpulan orang yg mempunyai tujuan serta dasar yg sama dlm hal-hal politik: ~ UMNO; ~ Islam. 2 majlis perjumpaan utk bersuka-suka dll: ~ tari-menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, persatuan, kesatuan, kumpulan, gabungan, perbadanan, organisasi, yayasan, badan, lembaga.,


Pantun

PantunSumberTema
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sukarnoputri menjalin hubungan, Parti Golkar Akhbar Tanjung; Rakyat miskin dilupa jangan, Tenaga mereka seteguh gunung.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Megawati memancing sokongan, Sokongan dari Parti Golkar, Harap dihati nak capai kemenangan, Rakyat termiskin bersepah di bandar.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pantas cergas si pari-pari, Buat kumpulan dalam parti; Sungguh pantas adik berlari, Keliling dunia melalui IT.Pantun Melayu SarawakUmum

Kembali ke atas