| Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak elang terbang rendah, Tertumbuk dahan patahlah paruh; Awak sayang orang meludah, Elok dibawa berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |