Mengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |