Perahu payang belayar ke seberang, Sarat bermuat kayu jati; Kalau menumpang kekasih orang, Tentu tak dapat kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |