Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Waktu menteri berdagang mangkuk, Kerana terlapah semuanya pecah; Pilulah hati memandang datuk, Kepalalah sulah kerja bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |