Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam; ~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang; (spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa); memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata spt parang yg panjang serta tajam bilahnya. ~ beladau pedang yg pendek bilahnya. ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya. ~ ekor pari pedang yg bilahnya berbentuk tiga segi. ~ rumput pisau spt pedang utk memotong rumput. ~ samurai pedang yg panjang, tajam dan berkilat bilahnya dan digunakan oleh anggota Samurai. memedang memotong atau menetak dgn pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedang

Puisi
 

Dipetik nanas dengan pedang,
     Dimakan orang Kuala Teri;
Kusangka panas hingga ke petang,
     Rupalah hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Pedang sakti dari Yunan, Orang Inggeris suka berperang; Pandang ke kiri pandang ke kanan, Menangis teringat masa terbuang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bagaimana pedang takkan majal, Banyak dipakai menebang buluh; Bagaimana orang takkan sebal, Awak berpakaian kurang senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sukalah hati memakai pedang, Kalau dicabut musuh pun lari; Sukalah hati misai melintang, Walaupun penakut disangka berani.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak beruk memakai pedang, Banyaklah kera bercawat ekor; Sejak datuk mulai miang, Banyaklah betina tak dapat tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa membawa pedang, Supaya dapat jadi senjata; Untuk apa kita bertunang, Supaya cepat memadu cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas