Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun sambal terasa pedas, Tak ada ikan dimakan juga; Walaupun bual melewati batas, Kerana segan ditelan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tumbuh lada di tepi lebuh, Kalau dimakan pedas ke kerongkong; Sungguhlah manja bini nan lumpuh, Kalau berjalan minta didukung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau selalu menumbuk lada, Sekali-sekali mata kan pedas; Kalau selalu berburuk sangka, Sekali-sekali kan kena bidas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut bukan sebarang laut, Laut luas tak nampak tepi; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut pedas membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Manis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |