Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sangat sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,

Puisi
 

Sayang rokok hisap di mulut,
     Asap dia gulung ke pipi;
Tuan bercakap manis di mulut,
     Saya mendengar pedih di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bila terpijak ke onak duri, Kaki berdarah rasanya pedih; Bila kusemak kehendak hati, Hati merana menahan pedih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana titi takkan dialih Tiang patah lantainya rosak; Bagaimana hati tidakkan pedih, Abang berharta suka- berlagak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika tuan pergi ke laut, Saya berkirim api-api; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kera mencuri manggis, Matanya pedih kena je1atang; Awak tertawa hati menangis, Kerana kekasih dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang pancang kayu jelatang, Terkena badan pedih sekali; Abang datang mahu meminang, Mengapa puan bersedih hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas