Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peduli
Kata Terbitan : mempedulikan,

Puisi
 

Cik Ali main guli,
     Main guli masuk lubang;
Apa peduli cincin di jari,
     Cincin di jari diberi abang.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Berbenak ke empu kaki.

Bermaksud :

Tidak peduli baik atau jahat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak orang mencari kalung, Tidak peduli bulannya terang; Banyak orang mencari untung, Tidak peduli merugikan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak orang mandi berenang, Tidak peduli kapalnya karam; Banyak orang mencari senang, Tidak peduli halal dan haram.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Parang bila saya tanjakkan, Tidak peduli kepaya dulang; Barang bila saya hendakkan, Tidak peduli di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sifat muda suka berjalan, Salah peduli hujan dan panas; Adat dijaga sempurna iman, Terasa salah segera bertaubat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jikalau niat sudah terlanjut, Segala halangan jangan peduli; Jikalau hayatku sudah terbujur, Barulah tuan kurelakan pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Daik pergi ke Bintan, Diterpa ombak tiada peduli; Orang baik berhati jantan, Membela haknya berani mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Cik Ali main guli, Main guli masuk lubang; Apa peduli cincin di jari, Cincin di jari diberi abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Urat kacang bertali-tali, Belum diraba belumkan layu; Kuat orang jangan peduli, Belum dicuba belum kan tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345

Kembali ke atas