Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekan;

Puisi
 

Olok-olok si pekan-pekan,
     Hari panas menjala udang;
Kita bertolak kami berpesan,
     Jangan lama di bandar orang.


Lihat selanjutnya...(52)

Pantun

PantunSumberTema
Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Asam kuini jual di pekan, Pekan bernama Pasar Minggu; Begini nasib untungnya badan, Adik seorang rindu menunggu.Pantun Melayu SarawakKasih
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa.Pantun Melayu SarawakKasih
Pekan Bujuk Kuala Rumput, Pucuk gemirat pucuk kain; Saya bujuk abang tak ikut, Abang berharap tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pekan Jawi Tanah Petani, Pekan Sabtu Kampung Pak Tua; Apa jadi nasibku ini, Badan satu kekasih dua.Pantun Melayu SarawakNasib
Cik Bedah pergi ke pekan, Sampai ke pekan membeli rotan; Kalau sudah bertuah badan, Batu di tangan menjadi intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas