Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenis-jenisnya: ~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll; ~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai) ~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap meng­ancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : sj ikan laut, Lethrinus minitus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : nama sj binatang hutan yg rupanya spt kancil tetapi lebih besar, Tragulus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelanduk

Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pelanduk dua serupa.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).

 

Lihat selanjutnya...(22)

439

As alike two pea in a pod

Sama rupa

Pelanduk dua serupa

We had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are as alike as two pea in a pod.

Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti pelanduk dua serupa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Daripada tikus elok pelanduk, Pelanduk dapat berjalan malam; Daripada kurus eloklah gemuk, Gemuknya dapat dibuat tilam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Malam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Jangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pelanduk punca sembilan, Anak di dalam isi sepuluh; Harap hati nak tidur bertilam, Tubuh tergolek di lantai buluh.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Helang-helang kaki pelanduk, Gulai daun dipatah dua; Kamek sehelang dengan juak manuk, Lama laun sudinya juga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Elang elok kaki pelanduk, Hilang lalu dipatah dua; Janganlah pandai menganuk, Lambat laun terdengar jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik sungguh pergi berburu, Dapat pelanduk seekor dua; Adik jauh hatiku rindu, Penat duduk menanti berita.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas