Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam kelapa dihempap pelepah, Tanam oleh anak Melayu; Besi kukembar lagi kupatah, Inikan pula dahan jambu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang kedelat pinang kedeli, Pelepah jangan ditunggangkan; Sirih mahal pinang dibeli, Sepah jangan dibuangkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pulau Belukar batang gelugur, Ambil galah pelepah jantung; Bentang tikar tempat tidur, Baik abang kira pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Wayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |