Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1. terhenti atau reda (angin dll), seng­gang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesem­patan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan; berpeluang mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1 terhenti (bkn angin, pekerjaan dsb): musim ~ musim tidak berangin. 2 keadaan yg menguntungkan; peristiwa baik; nasib yg baik; kesempatan: Kalau ada ~, saya bermaksud belajar di luar negara. berpeluang ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Pantun

PantunSumberTema
Kalaulah cukup ilmu di dada, Banyak peluang dapat di buru; Kalaulah hidup mahu bekerja, Banyak orang ingat membantu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Ambil buah kuini, Panggang ikan seluang; Ambil cabaran ini, Jangan lepas peluang.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas