Apa penjolok di bintang sayang, Batang padiku sambung lima; Apa pemujuk hatimu sayang, Sanggul lintang kusisip bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Belilah galah untuk penjolok, Supaya senang mengambil pauh; Hatiku gundah fikiran suntuk, Kerana abanglah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh cina dibuat galah, Jadi penjolok buah mempelam; Tubuh merana ingat adinda, Hati remuk siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bunga pandan meniti pudak, Pudak dititi kayu berdiri; Bunga tinggi penjolok bunak, Jikalau sudi jatuh sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ular di titi di kodak, Titi mari pandan berduri; Bunga tinggi penjolok buntak, Kalau sudi jatuh sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |