| Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
| Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |