Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.bung] | ڤڽامبوڠ

Definisi : 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyam.bung] | ڤڽامبوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Pantun

PantunSumberTema
Galah bukan sebarang galah, Galah pendek buat penyambung; Salah bukan sebarang salah, Salah adik bersifat sombong.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang delik batang bertarah, Batang keladi manisnya ada; Orang nan cerdik penyambung lidah, Orang berani kan lapis dada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bila orang menuba ikan, Tentu banyak mati terapung; Bila abang lupa perjanjian, Tentu retak tali penyambung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas