Sarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok renek sarang penyengat, Melayi layu di tengah hari; Pujuk nenek kata keramat, Jadilah cucu payung negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ada perigi sarang penyengat, Budak berlari tungang-langgang; Tiada bergigi teringin sangat, Hendak makan ayam panggang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hampir-hampir diserang penyengat, Dari jauh ke puncak putih; Jikalau kasih katakan niat, Sudah berkawan mana kekasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di dalam padi; Petang-petang duduk melengung, Berasa teringat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |