Bukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Papariala papariaman, Papariala di dalam peti; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tuala pembalut hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Merokok tembakau Padang, Asap menjulang ke udara; Tinggal adik tinggallah sayang, Abang ditempuh sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Berlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Limau purut lelang, Ketiga dengan limau kasturi; Gunung diseru menjadi padang, Baru senang berjalan kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |